ANDA SUKA BANCI? Kemuka jawapan (YOU LIKE CENSUS? Submit answers)

 
 

Wednesday, June 9, 2010

KESAH 1MALAYSIA

Dulu, Kini dan Bila La...



KUIZ 003-090610
*************************************************
Kuiz Pertaruhan:
*************************************************


SILA KLICK JAWAPAN ANDA DI AKHIR POSTING INI DI BAWAH

1. Bilakah Malaysia akan berjaya layak pertama kalinya ke pusingan akhir Pertandingan Bolasepak Piala Dunia?

A. Bila judi bola halal mula beroperasi dan mengumpulkan duit berbillion ringgit lalu menarik perhatian ramai untuk melibatkan diri dalam bolasepak seterusnya mencungkil puluhan Ronaldo, Messi dan Mokhtar Dahari semuanya terbaru keluaran Malaysia

B. Bila judi bola halal mula beroperasi dan menghapuskan pusat2 judi haram tanpa lesen yang lain, membuatkan pengusaha2 terbabit mula beralih pula kepada perjudian ke arah membawa Malaysia masuk ke Piala Dunia, yang secara langsung menyumbang dari segi kewangan dan semangat yang sangat diperlukan

C. Bila polis 1Malaysia berhenti merajuk dan berhenti menembak secara rambang mana2 remaja dan rakyat Malaysia yang mungkin berbakat dan berkemampuan menjadi bintang ternama bolasepak negara pada peringkat antarabangsa

D. Bila Persatuan Bolasepak Malaysia serta setiap yang terbabit secara langsung, daripada presiden ke menteri ke setiausaha ke pengurus ke jurulatih ke pemain2, mula menghapuskan permainan politik daripada permainan bolasepak negara dan mula serius dan fokus dengan betul2 profesional, bijak dan bertanggungjawab dalam teknik dan taktik permainan sebenar

E. Malaysia tak akan pernah layak secara merit. Itulah hakikatnya. Tetapi jangan lupa: Malaysia boleh! Bakal adanya keuntungan halal berbillion ringgit dari judi bola berlesen, 1Malaysia akan berbangga sekali lagi dengan 1 lagi projek Barisan Nasional: Tuanrumah Piala Dunia! Layak automatik!

F. Tak tau. Saya hanya tumpukan perhatian kepada perniagaan/ kerja/ pelajaran sendiri. Saya tak ambil pot tentang hal2 lain di sekeliling. Ataupun saya langsung tak berminat dengan bolasepak mahupun Piala Dunia



 














catatan: untuk melihat jenaka kartun berkaitan kuiz di atas, sila klick butang kanan tetikus dan klick pada 'Open In New Tab' pada pautan ini:

No comments:

Post a Comment